Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Setelah ucapan Timbalan Menteri Luar Mesir Izzuddin Ramzi Qaim, kepimpinan persidangan dan penasihat urusan luar NAM secara rasminya diserahkan kepada Dr. Salehi. Menteri Luar Iran yang baru memegang jawatan ini mengucapkan terima kasih kepada rakan sejawatnya dari Mesir Mohamed Kamel Amr kerana berjaya menguruskan pergerakan NAM dengan baik pada 3 tahun dahulu.Dr. Ali Akbar Salehi memulakan persidangan menteri luar Pergerakan Negara-Negara Berkecuali ini dengan ucapan terima kasih kepada seluruh menteri yang hadir dan berharap mereka senang hati menerima Iran sebagai pemimpin baru NAM.Beliau juga turut menyatakan rasa simpati terhadap peristiwa gempa bumi yang terjadi di Iran baru-baru ini."Saya ucapkan selamat datang kepada rakan setugas yang baru dan para menteri luar yang pertama kali menyertai persidangan. Saya yakin bantuan semua akan memberikan hasil yang lebih berkesan dalam urusan yang dilaksanakan."Saya berharap kita dapat melaksanakan tugas berasaskan agenda mesyuarat. Dengan ini kita juga dapat menyelesaikan tugas di waktu yang telah ditetapkan."
27 Ogos 2012 - 19:30
News ID: 340853
Saya ucapkan selamat datang kepada rakan setugas yang baru dan para menteri luar yang pertama kali menyertai persidangan. Saya yakin bantuan semua akan memberikan hasil yang lebih berkesan dalam tugas yang dilaksanakan.